Setelah sekian lama tidak menjenguk blog ni, hari ini hati terpanggil untuk membuat sedikit coretan. Alhamdulillah kita baru saja menyambut Aidilfitri setelah berakhirnya bulan Ramadhan pada tahun ini. Tahun ini juga merupakan tahun ke tiga sambutan Aidilfitri tanpa Abah setelah ia pergi pada 2009 dan tahun ke 6 tanpa Emak. Begitu sayu mengenang sambutan Aidilfitri sebelum pemergian mereka berdua. Mudahan Allah memberi Rahmat ke atas roh mereka di sana. Amin.
Dan pada tahun ini juga merupakan Aidilfitri ke dua yang disambut dalam keadaan yang kurang mengembirakan, kerana beberapa perkara yang berlaku atas kehendakNya. Hati ini terus berdoa kepada Nya moga tidak di uji dengan ujian yang berat dalam menjalani kehidupan di dunia ini. Namun apa yang berlaku tetap diterima dengan "Reda'".
Alhamdulillah Ramadhan tahun ini aku dan keluarga dapat mengharunginya dengan serba sederhana dan dengan perbelanjaan yang minima. Ini berjaya dilakukan dengan mengurangkan aktiviti mengunjungi Bazar Ramdahan yang sebelum ini merupakan satu aktiviti rutin. Mungkin atas kesedaran ekonomi semasa dan juga azam untuk mendidik anak-anak berjimat cermat semasa berpuasa. Syukur anak-anak memahami dan tidak menjadi satu masalah besar dalam menjalani ibadah puasa yang lebih utama. Batul kata orang tua-tua...melawan "NAFSU" merupakan satu perkara penting semasa ibadah puasa.. terutama melibatkan perbelajaan dan wang ringgit.
Dengan sedikit bantuan BONUS dari kerajaan dapat juga memeriahkan lagi Adilfitri tahun ini bersama keluarga. Sekurang-kurangnya meringankan beban kewangan semasa. Tahun ini sambutan Aidilfitri disambut di kampung isteri di Kelantan dan balik dua hari sebelum Syawal. Perjalanan yang sempurna dan selamat sampai ke distinasi dangan selamat dan yang penting dalam serba selesa. Sambutan Aidilfitri di sini kurang meriah seperti di tempat sendiri kerana suasana yang tidak sama, namun apa yang penting masih dapat menikmati suasana Aidilfitri....
Bagi aku yang penting adalah suasana dan perkara yang menjadi keutamaan semasa sambutan Aidilfitri bersama anak-anak dan isteri iaitu "Bermaaf-maafan" dan aktiviti ziarah. Di masa ini juga fikiran akan mengenang suasana dahulu bersama orang tersayang dan harapan untuk menikmati suasana ini masih terpahat sehingga kini. Namun kebijaksanaan yang tua itu juga yang penting dalam memeriahkan suasana Adilifitri. Namun harapan ini adakalanya berkecai hanya kerana ketandusan ilmu dan pengalaman pihak yang lebih tua dalam keluarga.
Membina satu organisasi keluarga yang besar dan bahagia memerlukan banyak pengorbanan dari segi "Wang Ringgit" dan "Masa".. namun tidak semua dapat melaksanakan perkara demikian jika tiada kesungguhan dan semangat. Aptah lagi dalam suasana kehidupan yang lebih moden ini yang rata-rata lebih mengutamakan kawan2 dan saudara yang jauh. Ini didorong dengan nafsu menunjuk-nunjuk antara satu sama lain. Mudahan impian untuk mendidik anak-anak dengan budaya dan suasana Aidilfitri mengikut cara dan syariat yang sepatutnya akan di permudahkan oleh Nya demi menghidupkan susana kekeluargaan yang menjadi impian setiap insan di dunia ini. Dalam hal yang begini banyak perkara dan sikap yang tidak dan kurang baik yang perlu dikikis dalam diri setiap insan dalam keluarga itu...terutama "Perasaan Hasad Dengki" PHD dan sikap menunjuk-nunjuk untuk disanjung...
Harapan agar sambutan Adilifitri dimasa akan datang adalah menjadi lebih baik dan sempurna dari sebelum ini InsyaAllah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan