Salam Ramadhan

Assamlammualikum.... Dalam diam tak diam tinggal beberapa hari lagi kita akan menyambut bulan yang mulia iaitu Ramadhan. Kesibukan setiap manusia biasanya akan berubah pada bulan ini kerana pada bulan ini manusia yang jarang menghadirkan diri ke surau-surau atau masjid akan rajin untuk menambah dan mempertingkatkan ibadah seperti solat sunat tarawih dan bertadarus Al-Quran. Alhamdulillah pada bulan ini juga ajk-ajak surau akan nampak ceria dan gembira dengan kemeriah surau-surai di taman-taman perumahan dan kampung. Tidak kurang juga pada bulan Ramadhan ini dikalangan kita ramai yang akan memceburi bidang perniagaan terutama perniagaan makanan. Ini juga disebabkan tapak2 bazar Ramadhan yang dibuka oleh pihak2 PBT bagi menghidupkan lagi suasana bulan yang mulia ini. Dismaping itu jugak peluang menambah pendapatan amat banyak pada bulan ini kerana bulan Ramadhan juga menjadi satu bulan untuk segelintir manusia berbelanja dengn mewah dan boros. Namun begitu semuanya atas pemikiran sendiri dalam menghadapi bulan Ramdhan nanti. Di kesempatan ini sya ingin mengucapkan selamat menyambut Ramdhan dan mudaha-mudahan kita berkesempatan untuk mempertingkatkan ibadah wajib dan sunat dalam suasana bulan yang mulia ini. Jadikan bulan ini untuk kita mengingati kesusahan orang lain terutama umat Islam di serata dunia. Wassalammm...

Detik sedih pada November 2011...


Pada 12 November 2011...satu lagi kesedihan menyelubungi kami sekeluarga dengan berita kembalinya anak saudaraku ke Rahmatullah akibat kemalangan jalanraya di Lebuh Raya LEKAS pada jam lebih kurang 3.20 pagi. Atas kehendak Allah yang lebih menyanyangi beliau yang mana jemputan Ilahi yang tidak dapat di tepis lagi telah memberi satu impak kesedihan buat kami dan keluarganya. Dalam usia 26 tahun peluang yang telah diberi olehNya untuk menikmati dunia telah berakhir dalam keadaan menyayati hati. Ya Allah ku mohon padamu....Engkau ampunilah dosa-dosa anak saudara ku itu...samada dosa besar atau kecil..., samada dosa yang sengaja atau tidak sengaja yang yang telah beliau lakukan semasa hayatnya....dan Engaku berilah Rahmat ke atas Rohnya...serta tempatkanlah beliau di kalangan hamba-hambamu yang beriman dan beramal soleh. Sesungguhnya Engaku MAHA Pengampun lagi MAHA mengasihani.

Sesungguhnya segala apa jua yang Engkau uji pada kami...kami redha dan mudahan segalanya ada HIKMAH disebalik apa yang terjadi. Sesungguhnya juga Engkau lebih Mengetahui.

Buat keluarga, anak-anak saudaraku yang lain...berdoalah kita agar Allah memberi kita petunjuk dan hidayah dalam meharungi kehidupan yang masih ada ini. Janganlah kita mensia-siakan nyawa dan nikmat dunia yang Allah pinjamkan buat kita yang hanya untuk sementara ini dengan perkara yang sia-sia...isikanlah dengan perkara-perkara yang membawa kebaikan terutama kepada ibubapa, keluarga dan diri sendiri.

Wallahhualam....Al-Fatihah buat Muhammad Shahrohimi