Salam Ramadhan 2010..

Asslammualaikum...
Alhamdulilah hari ini 1 Ramadhan dan hari pertama umat islam berpuasa pada tahun ini. Dalam diam tak diam masa begitu pantas bergerak seiring dengan usia kita dan juga usia dunia ini. Namun tersirat di hati ini dengan sedikit musibah dari Allah ke atas umatnya yang leka dan lalai. Ada hikmah disebalik kejadian yang mungkin tidak disedari oleh umatnya.....namun yang penting setiap yang berlaku pasti ada hikmah dan sebabnya, cuma manusia itu sendiri yang tidak berusaha untuk mengakuinya.

Cuba kita renung dan fikirkan apa yang telah kita lakukan selama hidup kita sebelum ini...dan adakah kita menyedarinya atau dapat menerima hakikat kesilapan kita itu?? Tanyakan dalam diri kita apa tanggugagjawab kita yang telah kita abaikan..!! Aku berpesan pada diriku sendiri dan kepada yang membaca blog ini.....cuba kita renungkan dosa dan silap kita terhadap Allah dan orang lain sehingga sesuatu musibbah itu menimpa kita... Kita hidup di dunia ini dengan peranan dan tanggugjawab yang telah diamanahkan oleh Allah samada sebagai SUAMI, ISTERI, ANAK, ADIK, ABANG, KAKAK, IBU, BAPA dan sebagainya...adakah kta telah melaksanakan tanggungjawab tersebut dengan sempurna atau tidak??? dan adakah kita tahu apakah tanggungjawab2 tersebut??
Jika kita berbicara soal tanggungjawab...kita harus ingat bahawa tanggungjawab itu ada yang menjadi WAJIB, HARUS, SUNAT dan sebagainya yang mana akal yang Allah berikan digunakan dengan sempurna berlandaskan ILMU dari Al-Quran dan Hadith. Jika kita memahami semua perkara ii InsyaAllah kehidupan kita akan sempurna dan bahagia walaupun dalam keadaan sederhana. Kita hidup didunia ini dengan penuh pancaroba, godaan dan nafsu yang rakus...namun jelas di baritahu semua itu harus di tepis dengan IMAN dan kekuatan minda.

Jika kita mengambil satu contoh organisasi yang mantap, kita boleh melihat kepada satu keluarga yang mana ia merupakan satu organisasi yang penting dalam dunia ini. Bermula dari BAPA sebagai Pentadbir dikuti oleh ISTERI sebagai pembantu dan anak2 adalah sebagai rakyat dengan pelbagai pangkat mengikut umur. Pentadbir yang di atas ini adalah tonggak utama dan cabaran untuk meguruskan organisasi ini akan berubah2 mengikut pembesaran anak dalam organisasi tadi.. Sampai satu ketika anak2 mungkin akan menjadi pemberontak atau pemimpin generasi seterusnya.

Jadi disini apa yang ingin sangat di tunjukkan adalah sikap kita dalam menilai sesuatu... Jangan memandang sesuatu perkara itu mudah... yang mudah itulah yang selalunya gagal diaksanakan....walau pun kita berilmu. Cuba renungkan apakah kejayaan kita yang telah kita dapat dari ilmu yang tinggi menggunung yang kita tuntut tak kira dari mana....... apakah sumbangan ilmu itu buat diri kita dan keluarga kita atau dalam organisasi kita..???
Ingat...ILMU kita juga bisa merosakkan diri kita jika kita ego dan bongkak dengan ilmu yang kita ada...apatah lagi jika kita sendiri pun begitu kedekut dgn ilmu yang sedikit pada kita...

Apa pun Wallahhualam...
Selamat Berpuasa dan bertaraweh...

Tiada ulasan: