FUTSAL - SEMPENA SAMBUTAN HARI BAPA!!

Hari bapa yang akan disambut pada 21 Jun ini merupakan satu peluang untuk anak-anak membuat sesuatu yang boleh memberi satu kejutan buat bapa-bapa. Tidak ada tujuan lain selain dari menunjukkan rasa kasih dan sayang anak-anak kepada bapa. Peluang seperti ini juga boleh digunakan oleh anak-anak untuk menunjukkan kematangan mereka dalam menghargai jasa bapa selama ini.
Oleh itu aku secara peribadi berbangga dengan usaha anak saudara aku yang merancang untuk satu acara FUTSAL peingkat keluarga sempena HARI BAPA pada sabtu ini. Ini secara tidak lansung dapat memberi petunjuk kepada anak-anak yang lain dalam usaha mengeratkan silaraturahim sesama keluarga. Ia juga dapat memupuk satu pembelajaran dalam pengurusan.

Alhamdulillah jika tidak ada aral melintang satu acara keluarga akan di adakan pada hari SABTU 20 Jun 2009 di salah satu gelanggang FUTSAL di KL. Ini melibatkan rangkaian keluarga MATBAAYAH. Semoga majlis yang di rancang ini akan menjadi satu daripada acara rasmi keluarga di masa akan datang.

Menurut maklumat tidak rasmi semua keluarga yang hadir akan menampilkan imej pemakaian mengikut keluarga. Mungkin dari segi warna pakaian.Ikutlah janji kita gembira dan matlamat kita tercapai.

Jika tidak salah lokasi tempat FUTSAL tu kat belakang Econsave kat Pandan Safari. Walau macam mana pun jika musykil hubungi Zuan.

Okey marilah kita memeriahkan majlis tersebut...kerana acara yang cuba di atur oleh pihak penganjur belum di perolehi dengan terperinci. Yang penting hadir dengan pakaian dan kasut yang boleh untuk main FUTSAL!!!

Tiada ulasan: