Bapa.....kenangan bersamamu terpahat dalam ingatan





Esok 21 Jun merupakan hari bapa. Hari yang disambut bagi meraikan dan menunjukkan kasih sayang anak kepada bapa. Namun aku dan saudara ku yang telah kehilangan bapa tersayang hanya boleh mengenang saat indah, suka dan duka bersama bapa tersayang. Rasanya sebelum ini hari bapa tidak begitu penting pada aku dan boleh dikatakan aku tidak menyambutnya seperti yang dilakukan oleh orang zaman sekarang. Pada saat ini baru aku rasa terkilan kerana tidak meraikannya sebagai menghargai jasa dan pegorbanan seorang bapa. Namun di sudut hati ini segala pengorbanan bapa tidak pernah aku lupakan...cuma meraikan seperti zaman sekarang ini tidak aku lakukan.
Timbul rasa rugi dalam diri kerana tidak sempat untuk meraikan seperti sekarang... Aku cuma berharap anak-anak kami yang akan datang akan menjadikan sambutan hari bapa ini sebagai satu perkara penting dalam menghargai jasa dan pengorbanan seorang bapa.

Hari ini aku hanya boleh menatap wajah kaku bapaku yang mengukir senyum dan tawa serta dukanya di dalam photo sahaja. Riak wajahnya menggambarkan apa yang tersirat di dalam hati dan sanubari. Namun saat dukanya dalam menghitung hari-hari akhir di dunia ini hanya Allah yang tahu..... dan hanya insan yang melihatnya sahaja yang boleh membuat andaian.

Bapa....kami anak-anak dan cucumu hanya mampu berdoa kapada Allah semoga roh mu di tempatkan di kalangan hamba-hamba yang beriman....Al-Fatihah....!!

Ya Allah...jadikanlah diri kami dan anak-anak kami insan yang sentiasa bersyukur atas rahmatmu....dan jadikan diri anak--anak kami sebagai hamba yang menyanjung tinggi segala pegorbanan ibu dan bapanya.

Tiada ulasan: