Balik Kampung Buat Ayahanda dan Bonda tersayang...



Pada 5 June 2009 kami sekeluarga yang terdiri dari lima saudara telah balik ke kampung setelah merancang dengan penuh teliti pada dua bulan sebelumnya. Ada pun tujuan sebenarnya adalah bagi mengadakan majlis tahlil arwah buat Bonda dan Ayahanda tersayang di kampung halaman asal mereka dan kami. Perkara lain jugak adalah bagi bertemu dengan saudara-mara yang ada kaitan dengan kedua arwah semasa hayat mereka di kampung.


Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan selamat. Kepulangan secara seretak bagi kami 5 keluarga begitu mengembirakan walaupun bertolak seleawat jam 12.00 tengah malam. Atas kehendak Allah juga kemudahan segala urusan ini di sertai juga dengan kepulangan salah seorang Cucu ayahanda dan Bonda yang bertugas di kampong sendiri iaitu Muhd Firdaus(Along) yang juga salah seorang cucu kesayangan arwah berdua. Tidak dapat kami gambarkan betapa gembiranya arwah berdua jika mereka masih ada dan masih sihat ketika perkara seperti ini berlaku. Betul juga kata pepatah...semua yang indah dalam kenangan itu hanya datang bila orang tersayang itu telah tiada....

Kepulangan semua cucu arwah dari lima keluarga ini begitu teruja dengan satu hala tuju dan distinasi. Kami berkumpul di rumah Along di Manong yang mana kami tiba lebih kurang jam 4.00 pagi. Namun semangat seperti ini yang rasanya telah terputus sebelum ini diharap menjadi titik mula semula menuju kebahagian dalam keluarga kami. Pada aku begitu juga harapan yang ada kedua arwah semasa hayatnya. Hanya kami anak-anak yang terlepas pandang dalam perkara ini. Aku berharap perkara seumpama ini tidak hanya seketika tetapi berterusan... InsyaAllah.

Pagi sabtu kami memulakan aktiviti dengan pembahagian tugas bagi majlis yang akan diadakan sebaik selepas sarapan pagi beramai-ramai. Di pendekkan cerita apbila semangat kerjasama di dilaksanakan segala urusan berjalan dengan mudah. Sesi masak-memasak berjalan dengan tenaga kami sekeluarga dan sedikit bantuan metrial dari ibu angkat Along.
Majlis tahlil dan Yassin selesai kami laksanakan pada malam tersebut di Masjid Kampung Guar dan Imam yang mengetuai majlis itu sendiri merupakan teman Karib Arwah iaitu imam Leman. Selesai majlis sesi sembang menyembang dengan tetamu yang hadir, maklumlah dah lama tak sembang. Pelbagai pertanyaan dan cerita yang di bualkan.

Selesai majlis, kami balik ke Manong dan malam itu kami sekeluarga bersembang tentang banyak perkara sehingga lewat pagi. Aku berasa amat bersyukur kerana segala hasrat yang aku ingin lakukan untuk arwah Ibu dan Abah tersayang telah selesai. Mudah-mudahan Allah mencucuri Rahmat ke atas roh mereka berdua......dan ditempatkan di kalangan hamba-hamba Allah yang beriman.

Pada saudara-saudaraku dan anak-anak saudara ku..... cuba renungkan hala tuju kita di masa depan, kepentingan kekeluargaan dan kehidupan yang harmoni amat penting dalam menjana Insan yang betul-betul beriman. Kasih sayang yang kita cari tidak mudah untuk di beli dimana-mana pasaraya di dunia ini. Harta sebenar seorang hamba Allah itu adalah anak-anak. Jadikan diri kita sebagai pedoman untuk anak-anak menjalani kehidupan mereka di masa akan datang. Didalam keluraga kita yang kecil ini sudah jelas ada kepincangan yang masih sempat untuk kita perbaiki.. jadi janganlah kita menmbah kepincangan dalam keluarga masing-masing hanya kerana kepentingan peribadi.

"Dulu pernah aku katakan kepada saudara dan kelurga ku... "KITA HANYA AKAN BERHENTI DARI SEGALA KESIBUKAN APABILA ORANG TERSAYANG KITA BERHENTI BERNAFAS, NAMUN PENYESALAN ITU TIDAK DAPAT DIPANDANG OLEH ORANG YANG KITA SAYANGI ITU."

Semua ini menjadi keyataan apabila pemergian Ayanhanda tersayang. Semua saudara yang sedang bekerja boleh berhenti dan bercuti untuk melihat sekujur jasad yang sudah tidak benyawa.

Fikirkanlah saudaraku serta anak saudaraku...... Realiti ini berlaku dalam hidup kita. Masa lapang kita untuk siapa????? Kita juga akan menghadapi perkara sama suatu hari nanti..... Apakah kemampuan anak-anak kita dalam melaksanakan tanggungjawab ke atas diri kita suatu hari nanti???

Yang penting dalam hidup kita adalah IMAN dan ILMU.

Tiada ulasan: