FUTSAL HARI BAPA- VIDEO

Untuk permulaan ini set video pertama untuk tatapan FAMILY. Tunggukan video yang lain nanti!!!



Hari ini semua warga chakcibo kepenatan sehingga ada yang tak boleh bangun kerana berjuang bermati-matian bagi merebut hamper-hamper yang disediakan dalam perlawanan futsal malam tadi. Rasanya tak kurang jugak yang susah nak berjalan kerana bengkak betis, maklumlah sukan setahun sekali.
Walau macam mana pun tahniah buat semua atas semangat dan kesungguhan menjayakan futsal malam tadi sempena meraikan hari bapa. Terima kasih kepada anak-anak yang telah memberi komitmen dan yang susah payah menganjurkan majlis tersebut. Mungkin ini boleh menjadi ilmu dalam melaksanakan atau mengurus sesuatu kerja berkumpulan.

Tahniah buat Nor dan Wan kerana usaha keras untuk majlis ini, walaupun mungkin ada yang rasa insaf nak buat Futsal ni lagi. Namun usaha seperti ini akan mengekalkan semangat kekeluargaan. InsyaAllah selepas ini munkin kita boleh melaksanakan sesuatu agenda yang lebih hebat lagi demi menaikkan nama keluarga kita. Hanya kita yang boleh mempamerkan imej keluarga kita yang harmoni dan bahagia di mata masyarakat sekeliling. Yang lebih penting ianya akan menjadi contoh kepada generasi kita (anak-anak) dalam melayari kehidupan yang penuh dengan gejala sosial yang lebih mencabar pada masa ini.

Sekurang-kurangnya majlis seperti ini akan dapat melahirkan MODAL INSAN yang cermerlang dalam keluarga Kita atau MAT BAAYAH.

Terima kasih jugak buat Saudara yang sulung atau yang lebih tua(yoeb and Yong) kerana sokongan dan sporting yang di tunjukkan. Buat Pak Itam, diharapkan majlis seumpama ini akan menjadi sesuatu yang menarik dan tidak membebankan anda sekeluarga. Kita semua sama sahaja dalam menjalani kehidupan bersama anak-anak, dan masa sekarang adalah masa untuk anak-anak. Masa kita rasanya sudah mula menuju ke penghujung. Jadi teruskan demi kita dan keluarga kita serta anak-anak kita.

Akhir sekali....HIDUP KELUARGA MAT BAAYAH!!!!!

Tiada ulasan: