Mandi di Lipur Lentang...


Sempena cuti hari buruh pada 01 Mei 2009 aku membawa isteri dan anak-anak mandi dan berkelah di Lipur Lentang Bentong. Satu tempat yang boleh dikatakan baik untuk bersantai dan menenangkan fikiran bersama keluarga. Dengan sebuah khemah yang dipasang bagi tempat rehat di samping melihat anak-anak mandi manda di sungai yang lebar tetapi tidak dalam dan amat sesuai untuk kanak-kanak. Sememangnya disebalik latar belakang hutan yang indah, telah memberi satu suasana yang tenang dan mengasyikkan..

Aku melihat ramai yang membawa keluarga masa cuti ni dan melihat kerenah orang yang hadir kadang-kadang mengasyikkan. Ramai yang memasang khemah di sepanjang tepi sungai. InsyaAllah jika ada kelapangan aku akan merancang dengan lebih baik lagi untuk berkelah seperti ini. Perkelahan aku kali ini sememangnya tidak di rancang. Namun aku dan keluarga tetap berpuas hati.

Tiada ulasan: