Kenangan Abadi!!!!

Assalammualaikum buat semua yang membaca blog ini. Sudah begitu lama blog ini tidak di tulis kerana beberapa masalah dan yang paling ketara aku sendiri tak boleh nak log in kat blog ni sebab terlupa email. Apa pun hari ini dengan izin Allah maka dapat semula aku meneruskan menulis dalam blog CHAKCIBO yang merupakan satu nama yang ada nilai tersendiri....
Pada tanggal 3 April 2009 Jumaat satu lagi saat yang menyedihkan buat aku di atas kembalinya ke Rahmatullah ayahanda tersayang. Orang yang selama hidupnya telah mendewasakan aku sehingga saat ini aku berada di tempat yang boleh dikata "selesa". Sesungguhnya aku amat Redha dgn pemergiannya kerana derita yang ditanggung selama empat tahun ini pada mata aku sungguh menyiksakan.
Kesihatan yang sempurna dalam usia 72 tahun berakhir dengan STROK yang datang secara diam dalam hidup ayahanda tersayang. Kegagahannya berakhir dengan kelemahan jasad yang datang sedikit-sedikit senhingga akhirnya terbaring di katil sahaja.
Untuk tahun keenam penderitaannya akhirnya pemergiannya mengakhiri penderitaan yang ditanggung dan penderitaan buat aku yang menjaganya juga berakhir. Aku juga berasa puas kerana berpeluang untuk menjaganya walupun kadangkali dugaan sehingga hilang kesabaran dalam diri ini. Namun hanya Allah yang mengetahuai keikhlasannya. Semoga Alllah menempatkan rohnya di kalangan hamba-hamba yang beriman....
Tetapi setiap apa yang berlaku tentu ada kepincangannya. Begitu juga bagi aku kekeciwaan terhadap saudara yang lain tetap ada. Tapi aku lupakan saja kerana Orang yang ku syang itu juga sudah tiada. Mudahan segala ilmu dan didikan yang diberikan sepanjang hayatnya akan menjadi teras ikutan kerana hanya ilmu yang diturunkan akan dapat membantunya di sana...InsyaAllah.
Akan kucuba membuat yang terbaik demi untuknya di alam yang asing di sementara menanti hari kebangkitan...
Ya Allah ampunkan dosa ku sekiranya ada perbuatan dan tingkahlaku ku yang menyingung perasaan orang tua ku...sesungguhnya hanya mu yang tahu keihklasan ku dan pengorbanan yang sekecil itu yang akau lakukan untuknya.

Buat saudara-saudara ku...... fikirkan apa yang telah kita lakukan dan apa pengorbanan besar yang telah kita buat untuk ibubapa kita??? Dan cuba kita fikirkan pengorbanan yang mereka lakukan untuk kita sepanjang hidup ini.!!! Kita renungkan apa yang kita buat untuk anak-anak kita.....begitu juga dengan meraka.
Apakah yang kita mahu dari anak-anak kita???? cuba fikirkan saudara-saudara ku....
Tergamak kah kita membohongi orang tua kita.......?????

Ya Allah berkatilah hidup dan amalan ku di dunia ini.....Amin...

Tiada ulasan: