Salam Ramadhan

Assamlammualikum.... Dalam diam tak diam tinggal beberapa hari lagi kita akan menyambut bulan yang mulia iaitu Ramadhan. Kesibukan setiap manusia biasanya akan berubah pada bulan ini kerana pada bulan ini manusia yang jarang menghadirkan diri ke surau-surau atau masjid akan rajin untuk menambah dan mempertingkatkan ibadah seperti solat sunat tarawih dan bertadarus Al-Quran. Alhamdulillah pada bulan ini juga ajk-ajak surau akan nampak ceria dan gembira dengan kemeriah surau-surai di taman-taman perumahan dan kampung. Tidak kurang juga pada bulan Ramadhan ini dikalangan kita ramai yang akan memceburi bidang perniagaan terutama perniagaan makanan. Ini juga disebabkan tapak2 bazar Ramadhan yang dibuka oleh pihak2 PBT bagi menghidupkan lagi suasana bulan yang mulia ini. Dismaping itu jugak peluang menambah pendapatan amat banyak pada bulan ini kerana bulan Ramadhan juga menjadi satu bulan untuk segelintir manusia berbelanja dengn mewah dan boros. Namun begitu semuanya atas pemikiran sendiri dalam menghadapi bulan Ramdhan nanti. Di kesempatan ini sya ingin mengucapkan selamat menyambut Ramdhan dan mudaha-mudahan kita berkesempatan untuk mempertingkatkan ibadah wajib dan sunat dalam suasana bulan yang mulia ini. Jadikan bulan ini untuk kita mengingati kesusahan orang lain terutama umat Islam di serata dunia. Wassalammm...

Tiada ulasan: