Welcome To MELAKA!!! 2 Hari Lagi..

Rasanya sekarang ni semua sibuk memikirkan apa yang akan dibawa ke Melaka dan apa yang akan berlaku kat Melaka pada hujung minggu ini. Hanya tinggal 2 hari lagi konvoi ke Melaka akan bergerak dengan membawa harapan kegembiraan dan ketenangan. Pelbagai acara yang telah di atur oleh AJK (Nor) dan ada diantaranya yang dirahsiakan...katanya untuk buat kejutan. Namun anak-anak pun nampaknya dah tak sabar nak tunggu hari Jumaat ni.
Untuk perancangan awal kita akan bergerak pada pagi Jumaat dan berkumpul di Plaza Tol Sg. Besi lebih kurang pada jam 1100H pagi sebelum berkonvoi ke Distinasi yg dituju. Harap semua mengikuti masa yang di rancang. Pergerakan akan melalui Lebuhraya PLUS menuju Ayer Keroh dan terus ke JUSCO untuk mengambil Kunci. Tuan Homestay akan tunggu kat JUSCO. Sambil tu bolehlah shoping dulu kat situ...cari makanan ringan-ringan untuk malam tu. Selepas itu baru bergerak ke Taman Pokok Mangga di mana tempat kita akan mengadakan acara hujung minggui ini.

Dijangka kita akan masuk ke Homestay sebelum pukul 3.30 ptg.( Itu kira lewat tu)!!!
Ok dihaap semua dah prepair untuk ke Melaka. Serun tentukan jangan sampai beg pakaian tertinggal lagi seperti balik Guar Hari tu.!!! Nanti kena shoping pakaian lagi.....

Tiada ulasan: