Majlis Tahlil Arwah Abah dan Mak....

Asslammualaikum..... buat semua saudara ku!!
Di beritahu sekali lagi kepada semua saudara dan anak-anak saudara ku bahawa majlis tahlil untuk arwah Abah dan Mak yang kita rancang akan di laksanakan pada sabtu ini di teratak Esrol & Yati bersamaan dengan 11 Julai 2009, InsyaAllah. Diharap semua dapat hadir bagi majlis yang dibuat untuk peringkat keluarga sahaja itu.

Disamping itu juga kita akan mengadakan perbincangan berhubung majlis keluarga yang akan di adakan sebelum menyambut Ramadhan nanti. Ini bagi melicinkan lagi rancangan yang di atur nanti.

Mudahan majlis dan rancangan kita nanti berjalan dengan lancar dan sempurna dan mendapat keberkatan dari Allah hendaknya. Untuk maklumat juga Hari Sabtu ini merupakan hari ke 99 pemergian Abah dan malam ke 100, dan rasanya hasrat yang kita rancang sepintas lalu mendapat petunjuk dan berkat dari Allah....InsayAllah.

Jadi sekali lagi marilah kita meluangkan masa untuk satu majlis yang di adakan bagi memohon keampunan dan keberkatan dari Allah buat Abah dan Emak dan buat diri kita serta anak-anak kita yang masih meneruskan kehidupan di dunia ini. Sesungguhnya apa juga yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan diri kita sendiri...

Sekian Wassalam....

Tiada ulasan: