Penantian HandPhone Yang telah Hilang secara misteri...

Hari ni masuk hari ke empat kehilangan handphone Nokia N70 yang telah aku guna hampir tiga tahun. Apa yang menjadi misteri dalam kehilangan handphone ni adalah kehilangan nya berlaku di dalam rumah sendiri semasa satu majlis keluarga pada sabtu lepas. Namun semua yang hadir adalah dari kaum keluarga sahaja. Tak tahulah bagaimana nokia n70 tu boleh hilang... tapi yg pasti setelah semua keluarga balik aku dapati h/phone telah tak ada. Namun apa jua yang berlaku aku redha dan mungkin sampai hari tu je jodoh nokia N70 tu dengan aku. Begitu banyak jasa yang telah disumbangkan dalam kehidupan aku dan kehilangannya begitu terasa dan amat tersa kerana misteri kehilangannya. Rezeki dari khidmat N70 tu memang banyak dan yg paling menyusahkan kehilangan semua contact number yang ada didalamnya.
Siapalah yg bernasib baik dan yang berjaya mengambil h/phone tu..... apa yang diharapkan semoga orang yg mengambilnya akan terus memikirkan masa hadapanya dalam menjalani kehidupan yang lebih jujur...
Mudahan Allah akan membuka pintu hatinya untuk menjadi insan yang lebih jujur terhadap keluarga dan diri sendiri.....

Namun aku juga berfikiran kehilangan h/pone ni jugak mungkin dari kelemahan dan kesalahan aku sendiri yang mungkin di tunjukkan oleh Allah sebagai peringatan dan ujianNya terhadap aku, jadi aku Redha dengan apa yang berlaku. Jika nak marah pun H/phone bukan boleh balik sendiri kat aku......

Apa yang perlu difikirkan pada masa ni macam mana nak dapatkan rezeki yg lebih dalam usaha nak cari H.phone baru yang lebih baik dan canggih dari N70 tu.....

Tiada ulasan: