Ramadhan Al-Mubaraq

Hari ni merupakan hari ulangtahun kemerdekaan ke 52 dan juga hari ke 10 Ramadhan. Cuti umum hari ini merupakan kesempatan untuk bersama keluarga dalam menjalankan ibadah puasa. Sabtu hari tu kami berbuka di rumah Pakcu di Bukit Sentosa Rawang bersama keluarga yang lain. Tahun ini merupakan tahun pertama berpuasa tanpa kedua ibubapa tersayang. Jika sebelum ini setiap bulan Ramadhan aku dan keluarga akan turut melayan abah yang sedang sakit, namun kekuatannya berpuasa membuatkan kami akan berbuka bersama. Dalam keadaan uzur abah berpuasa dan berbuka bersama dan turut bersahur.... namun tahun ini ketiadaan abah semasa berbuka terasa satu kelapangan dan juga satu kekurangan dalam kehidupan seharaian. Masih terbayang dalam ingatan saat berbuka dimana abah yang duduk di kerusi menanti azan Maghrib bagi menjamu juadah berbuka. Dalam keadaan lemah menyuap makanan kemulut....

Itulah lumrah manusia... bila dah tiada sentiasa terkenang.....
Jika dipanjangkan umur Hari Raya AidilFitri tahun ini merupakan hari raya pertama yang disambut tanpa kedua ibubapa tersayang.... dalam ertikata lain YATIM PIATU.
Semoga Ramadhan dan Syawal tahun ini akan memberi lebih keinsafan kepada kami sekeluraga.....

Tiada ulasan: